Friday, 12 July 2013

Melawat Science Museum London
#Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari ketiga kita berpuasa... Hari ini ayman nak mengongsikan pengalaman ayman ketika melawat science museum london. muzium ini terletak di exhibition road, south kesignton, UK. pada masa itu, London science museum mengadakan pameran mengenai kegemilangan teknologi dan tamadun islam yang membantu membina tamadun masa kini.Tajuk pameran ini adalah 1001 invention Discover the muslim heritage in our world. pameran tamadun islam, menarik bukan? Aunty Elly yang membawa ayman dan rakan-rakan ayman kesini.

pameran ini adalah inisiatif pendidikan antarabagsa untuk mempromosikan kesedaran dalam 1000 tahun pencapaian saintifik dan kebudayaan tamadun muslim daripada kurun ke-7 dan seterusnya. ramai juga pelawat yang datang berkunjung ke muzium pada masa itu, memandangkan london science museum ini dekendalikan oleh kerajaan, makan tiada yuruan kemasukan dikenakan. dulu, malaysia juga pernah mengadakan pameran yang hampir serupa dengan ini pada tahun 2007 yang lalu di KLCC.

Dipintu gerebang muzium ini sudah tertulis 'Uncovering 1000 years of science and technology'. geleri ini dibahagikan kepada zon-zon tertentu sebegai contoh, terdapat Town zone bagi memberi maklumat mengenai sumbangan ahli sains islam dalam membangunkan bangunan terancang. universe zone pula menunjukan betapa islam terdahulu dalam penciptaan berbanding barat!

Zon pertama yang dituju oleh ayman dan rakan-rakan ialah home zone. daipada taman ke permainan, fesyen ke fabrikm jam ke kamera, kehidupan seharian dirumah pada masa kini dipengaruhi oleh tamadun islam terdahulu, ayman terpegun dengan replika Elephant clock yang sungguh besar. ia dicipta oleh seorang jurutera yang bernama Al-Jazari pada kurun ke-17. gajah melambangkan budaya india dan afrika, naga pula melambangkan budaya china manakala burung phoenix pula melambangkan mesir purba.

ada sesuatu yang menarik perhatian nenda ialah ideal mahu makan dengan tiga jenis hidangan starter, main dan dessert telah tersebar di eropah daripada seorang muslim di spanyol pada kurun ke-9, maksudnya disini, bukan barat yang mencipta idea ini. minyak wangi yang kita pakai sekarang juga telah lama wujud sejak zaman purba lagi. dahulu, minyak wangi dibuat dengan cara menyuling ekstrak bunga dan tumbuhan. dalam islam, kebersihan itu sebahagian daripada iman :)

School zone pula tidak kurang hebatnya. disini terdapat satu filem pendek interaktif yang menjadikan Fatimah al findri seorang wanita kaya dan warak sebagai subjek utama. nenda bercerita bahawa fatimah al-fihri mewarisi kekayaan ibu bapanya. fatimah menggunakannya untuk membina universiti pertama didunia, AlQawariyah pada tahun 814. sehingga hari ini universiti di morocco itu masih beroperasi. sebelum ini adakah kita mengetahui yang univesiti pertama dimuka bumi ini dibina oleh seorang perempuan? kagum?

disana juga ayman dapat mengetahui buku yang ditulis oleh ibnu sina pada tahun 1025 adalah rujukan utama setiap pelajar kedoktoran sehingga hari ini. nama bukunya ialah "Al-qnun fi al-tibb". ibnu sina juga digelar avecenna dibarat. beliau bukan sahaja seorang doktor, malah beliun juga seorang ahli astronomi, ahli kimia jurutera dan seorang penyair.

Vaksinasi, suntikan, alat-alat pembedahan yang digunakan sehingga hari ini, sistem pengaliran darah didalam tubuh manusia, hospital, farmasi dan pebagai lagi yang berkaitan dengan perubatan sebenarnya sudah dirintis oleh sainstis-sainstis muslim sejak dulu lagi. kemajuan zaman ini adalah pengorbana orang zaman dulu.

satu lagi yang menarik perhatian ayman ialah peta dunia. peta ini dilukis terbailik daripada yang ada sekarang. yang utara menjadi selatan dan yang selatan menjadi utara. itulah yang dilihat oleh ayman dan rakan-rakan di world zone. peta dunia yang dilihat oleh ayman ialah peta dunia yang pertama dilukis dalam sejarah. ia dilukis oleh oleh seorang berbangsa morocco bernama Al-idrisi. bagaimana agaknya al-idrisi boleh melukis peta ini? ia dilukis berratus-ratus tahun sebelum pengembaraan marco polo dan columbus, si pengembara eropah.

dan satu lagi benda yang ayman baru tahu pada masa itu ialah model sayap untuk terbang ialah model sayap yang dicipta oleh abbas ibn firnas. ia dicipta beliau jauh lebih awal daripada adik beradik wright yang selama ini digempar gempurkan sebagai pencipta kapal terbang. jika selama ini ayman mengenali marco polo dan columbus sebagaipelayar yang hebat dalam sejarah, kini tidak lagi. ramai umat islam yang tidak tahu mengenai keistimewaan dan kehebatan agama islam dan sibuk menyanjung barat... melalui lawatan ini, ayman dapat mempelajari banyak ilmu tentang islam! Asslamualaikum :)

Thursday, 11 July 2013

#Assalamualaikum... Semua puasa? Sejak buat blog ini, tangan ini gatal nak menulis... Hari ini ayman nak cerita tentang pengalaman pengalaman Ayman tinggal di United Kingdom, Pertama yang ingin ayman mahu kongsikan ialah berkenaan dengan musim-musim di sana. UK adalah negara empat musim, jadi UK mempunyai 'daylight saving'. pada musim luruh hingga musim sejuk, berbeza waktu UK dan malaysia ialah 8 jam. pada musim bunga hingga musim panas, perbezaannya waktunya ialah 7 jam. waktu di Uk lebih lewat berbanding malaysia. 'Daylight Saving' akan berubah pada 27 Mac dan 30 Oktober 2013 ini dan tarikh-tarikh ini berubah pada setiap tahun.

Perbezaan mata wang pula bergantung kepada kepesatan ekonomi UK dan Malaysia sendiri. pada sekitar sekarang, kadar pertukarannya sekirar £1 kepada RM 4.90. perbezaan ini berubah-ubah mengikut ekonomi juga. dahulu, £1 boleh ditukar kepada RM 6. disebabkan ekonomi UK menurun, so pertukaran ini juga menurun.

Waktu sembahyang di UK tidak sama dengan di malaysia. pada waktu siang pendek ; musim sejuk, ada selang masa yang difatwakan untuk menggabungkan sembahyang zohor dan asar kerana perbezaan waktu zohor dan asar tak ada. jadi, selepas sembahyang zohor, terus sembahyang asar. begitu juga pada masa malam pendek ; musim panas. sembahyang yang digabungkan pada masa ini ialah maghrib dan isyak kerana tiada tanda yang boleh menentukan perbezaan solat-solat ini. waktu sembahyang di sini berubah ubah setiap hari dan lebih cepat pada peralihan musim. jadi, memang penduduk disini perlu bergantung kepada waktu sembahyang yang ditentukan oleh pihak masjid atau perisian komputer (Ayman menggunakan Islamic Finder) untuk sembahyang sehari-hari.

sejujurnya, tempat sembahyang yang khusus cumalah masjid. kebiasaan apabila ayman dari Kingsbury ke London, ayman akan sembahyang di London central mosque atau sembahyang dimana-mana sahaja tempat yang dirasakan sesuai. tidak pernah lagi orang UK menegur ayman apabila ayman sembahyang dalam bas ataupun tren ataupun sudut yang lengan mana-mana bangunan.

Insyaallah Ayman harap semua berpeluang mengunjungi London dan mengalami sendiri pangalaman ini. Lepas bulan syawal ini, Ayman akan balik ke Kingsbury, London untuk kembali ke sekolah. Assalamualaikum!

Wednesday, 10 July 2013


#Assalamuaikum...
Nama kucing kat atas tu Voldemort, 3 tahun setengah umurnya... Ayman jaga dia sejak dia kecil lagi... minggu lepas dia deman... Ya Allah, betapa risaunya Ayman tengok dia tak bermaya dan asyik berbaring sahaja. Bila sentuh badan dia terasa panas sekali. Nasib baiklah Aunty Elly (Ibu Saudara) bawa mort ke klinik... dan dia semakin sihat, sekarang mort berada dirumah Aunty Elly kerana kucing tidak dibenarkan menaiki kapal terbang... berada jauh di bumi England... Jangan nakal okey mort!
#Assalamualaikum!
Hai "Ramadhan" Bye "Syaaban"!
*Sesungguhnya bulan ramadhan adalah bulan yang paling mulia dalam seribu bulan... Harap korang semua dapat memafaatkan peluang kemasan sepanjang bulan ramadhan ini untuk meningkatkan amal ibadat. Solat Terawih jangan lupa! Kita disunatkan membuka puasa dengan hanya sebiji kurma. jangan kita makan terlalu banyak kerana ia oleh membuatkan kita berasa kenyang, bila kenyang, dah tak larat nak pergi sembahyang terawih... Hanya makan sedikit semasa berbuka puasa, selepas pulang dari solat terawih, makanlah nak makan pun... Hahaha =)
Assalamualaikum... Hahaha mula-mula buat blog ini rasa berdebar sebab takut tak menjadi... sebenarnya dah lama nak buat blog tapi tak pandai... btw, for intro, Wan Muhammad Luqman Al-Aiman Bin Wan Zamri, 15 year old and menetap di Kingsbury, England! Selamat berkenalan!