Friday, 12 July 2013

Melawat Science Museum London
#Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari ketiga kita berpuasa... Hari ini ayman nak mengongsikan pengalaman ayman ketika melawat science museum london. muzium ini terletak di exhibition road, south kesignton, UK. pada masa itu, London science museum mengadakan pameran mengenai kegemilangan teknologi dan tamadun islam yang membantu membina tamadun masa kini.Tajuk pameran ini adalah 1001 invention Discover the muslim heritage in our world. pameran tamadun islam, menarik bukan? Aunty Elly yang membawa ayman dan rakan-rakan ayman kesini.

pameran ini adalah inisiatif pendidikan antarabagsa untuk mempromosikan kesedaran dalam 1000 tahun pencapaian saintifik dan kebudayaan tamadun muslim daripada kurun ke-7 dan seterusnya. ramai juga pelawat yang datang berkunjung ke muzium pada masa itu, memandangkan london science museum ini dekendalikan oleh kerajaan, makan tiada yuruan kemasukan dikenakan. dulu, malaysia juga pernah mengadakan pameran yang hampir serupa dengan ini pada tahun 2007 yang lalu di KLCC.

Dipintu gerebang muzium ini sudah tertulis 'Uncovering 1000 years of science and technology'. geleri ini dibahagikan kepada zon-zon tertentu sebegai contoh, terdapat Town zone bagi memberi maklumat mengenai sumbangan ahli sains islam dalam membangunkan bangunan terancang. universe zone pula menunjukan betapa islam terdahulu dalam penciptaan berbanding barat!

Zon pertama yang dituju oleh ayman dan rakan-rakan ialah home zone. daipada taman ke permainan, fesyen ke fabrikm jam ke kamera, kehidupan seharian dirumah pada masa kini dipengaruhi oleh tamadun islam terdahulu, ayman terpegun dengan replika Elephant clock yang sungguh besar. ia dicipta oleh seorang jurutera yang bernama Al-Jazari pada kurun ke-17. gajah melambangkan budaya india dan afrika, naga pula melambangkan budaya china manakala burung phoenix pula melambangkan mesir purba.

ada sesuatu yang menarik perhatian nenda ialah ideal mahu makan dengan tiga jenis hidangan starter, main dan dessert telah tersebar di eropah daripada seorang muslim di spanyol pada kurun ke-9, maksudnya disini, bukan barat yang mencipta idea ini. minyak wangi yang kita pakai sekarang juga telah lama wujud sejak zaman purba lagi. dahulu, minyak wangi dibuat dengan cara menyuling ekstrak bunga dan tumbuhan. dalam islam, kebersihan itu sebahagian daripada iman :)

School zone pula tidak kurang hebatnya. disini terdapat satu filem pendek interaktif yang menjadikan Fatimah al findri seorang wanita kaya dan warak sebagai subjek utama. nenda bercerita bahawa fatimah al-fihri mewarisi kekayaan ibu bapanya. fatimah menggunakannya untuk membina universiti pertama didunia, AlQawariyah pada tahun 814. sehingga hari ini universiti di morocco itu masih beroperasi. sebelum ini adakah kita mengetahui yang univesiti pertama dimuka bumi ini dibina oleh seorang perempuan? kagum?

disana juga ayman dapat mengetahui buku yang ditulis oleh ibnu sina pada tahun 1025 adalah rujukan utama setiap pelajar kedoktoran sehingga hari ini. nama bukunya ialah "Al-qnun fi al-tibb". ibnu sina juga digelar avecenna dibarat. beliau bukan sahaja seorang doktor, malah beliun juga seorang ahli astronomi, ahli kimia jurutera dan seorang penyair.

Vaksinasi, suntikan, alat-alat pembedahan yang digunakan sehingga hari ini, sistem pengaliran darah didalam tubuh manusia, hospital, farmasi dan pebagai lagi yang berkaitan dengan perubatan sebenarnya sudah dirintis oleh sainstis-sainstis muslim sejak dulu lagi. kemajuan zaman ini adalah pengorbana orang zaman dulu.

satu lagi yang menarik perhatian ayman ialah peta dunia. peta ini dilukis terbailik daripada yang ada sekarang. yang utara menjadi selatan dan yang selatan menjadi utara. itulah yang dilihat oleh ayman dan rakan-rakan di world zone. peta dunia yang dilihat oleh ayman ialah peta dunia yang pertama dilukis dalam sejarah. ia dilukis oleh oleh seorang berbangsa morocco bernama Al-idrisi. bagaimana agaknya al-idrisi boleh melukis peta ini? ia dilukis berratus-ratus tahun sebelum pengembaraan marco polo dan columbus, si pengembara eropah.

dan satu lagi benda yang ayman baru tahu pada masa itu ialah model sayap untuk terbang ialah model sayap yang dicipta oleh abbas ibn firnas. ia dicipta beliau jauh lebih awal daripada adik beradik wright yang selama ini digempar gempurkan sebagai pencipta kapal terbang. jika selama ini ayman mengenali marco polo dan columbus sebagaipelayar yang hebat dalam sejarah, kini tidak lagi. ramai umat islam yang tidak tahu mengenai keistimewaan dan kehebatan agama islam dan sibuk menyanjung barat... melalui lawatan ini, ayman dapat mempelajari banyak ilmu tentang islam! Asslamualaikum :)

No comments:

Post a Comment