Thursday, 11 July 2013

#Assalamualaikum... Semua puasa? Sejak buat blog ini, tangan ini gatal nak menulis... Hari ini ayman nak cerita tentang pengalaman pengalaman Ayman tinggal di United Kingdom, Pertama yang ingin ayman mahu kongsikan ialah berkenaan dengan musim-musim di sana. UK adalah negara empat musim, jadi UK mempunyai 'daylight saving'. pada musim luruh hingga musim sejuk, berbeza waktu UK dan malaysia ialah 8 jam. pada musim bunga hingga musim panas, perbezaannya waktunya ialah 7 jam. waktu di Uk lebih lewat berbanding malaysia. 'Daylight Saving' akan berubah pada 27 Mac dan 30 Oktober 2013 ini dan tarikh-tarikh ini berubah pada setiap tahun.

Perbezaan mata wang pula bergantung kepada kepesatan ekonomi UK dan Malaysia sendiri. pada sekitar sekarang, kadar pertukarannya sekirar £1 kepada RM 4.90. perbezaan ini berubah-ubah mengikut ekonomi juga. dahulu, £1 boleh ditukar kepada RM 6. disebabkan ekonomi UK menurun, so pertukaran ini juga menurun.

Waktu sembahyang di UK tidak sama dengan di malaysia. pada waktu siang pendek ; musim sejuk, ada selang masa yang difatwakan untuk menggabungkan sembahyang zohor dan asar kerana perbezaan waktu zohor dan asar tak ada. jadi, selepas sembahyang zohor, terus sembahyang asar. begitu juga pada masa malam pendek ; musim panas. sembahyang yang digabungkan pada masa ini ialah maghrib dan isyak kerana tiada tanda yang boleh menentukan perbezaan solat-solat ini. waktu sembahyang di sini berubah ubah setiap hari dan lebih cepat pada peralihan musim. jadi, memang penduduk disini perlu bergantung kepada waktu sembahyang yang ditentukan oleh pihak masjid atau perisian komputer (Ayman menggunakan Islamic Finder) untuk sembahyang sehari-hari.

sejujurnya, tempat sembahyang yang khusus cumalah masjid. kebiasaan apabila ayman dari Kingsbury ke London, ayman akan sembahyang di London central mosque atau sembahyang dimana-mana sahaja tempat yang dirasakan sesuai. tidak pernah lagi orang UK menegur ayman apabila ayman sembahyang dalam bas ataupun tren ataupun sudut yang lengan mana-mana bangunan.

Insyaallah Ayman harap semua berpeluang mengunjungi London dan mengalami sendiri pangalaman ini. Lepas bulan syawal ini, Ayman akan balik ke Kingsbury, London untuk kembali ke sekolah. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment